Sunday 17 June 2012

MENTERA

DEFINISI MENTERA

Kata-kata yang diucapkan untuk mendapatkan sesuatu dengan kuasa ghaib (melalui mimpi). Jampi ialah kata-kata tertentu yang diucapkan untuk mendapatkan kasaktian (seperti menyembuhkan penyakit dan sebagainya). Mantera juga diberikan pengertian sebagai ungkapan kata-kata yang digunakan pawang dan bomoh Melayu dalam upacara –upacara yang mempunyai berbagai ragam maksud dari segi kepercayaan lama seperti digunakan dalam doa dan pendinding keselamatan daripada segala bencana iaitu digunakan dalam upacara-uparaca ritual, pemujaan, kepada penunggu dan semangat juga dalam kerja-kerja bersangkut paut dengan pertanian dan menangkap ikan (supaya menjauhkan bala dan kerosakkan segala bencana).

FUNGSI/PERANAN MENTERA

  1. dijadikan sebagai,pemanis,pengasih dan pembenci.
  2. Menyembuhkan penyakit dan menghalau makhluk halus yang dipercayai sesuatu tempat atau yang menggangu kehidupan seseorang dan masyarakat.
  3. mantera digunakan dalam upacara-upacara seperti adat istiadat.

CIRI/BENTUK MENTERA

  • ia terdiri daripada beberapa rangka yan beirama
  • kandungannya mempunyai kaitan dengan kuasa ghaib
  • ia diamalkan dengan mempunyai matlamat tertentu 
  • ia diwarisi daripada perguruan atau melalui cara ghaib seperti menurun atau mimpi
  • biasanya memerlukan pengamalnya yakin bersungguh-sungguh,dan sekiranya pengamalnya berasa kurang keyakinan,ia akan menjadi tawar dan tidak bekesan
  • dari segi bentuk pula
  1. bentuk bebas atau tidak terikat
  2. jumlah baris dalam satu rangkap adalah bebas atau tidak tetap
  3. jumlah rangkap bagi satu-satu mantera juga adalah bebas
  4. rima akhir baris adalah bebas iaitu tidak ada skema rima yang tertentu
  • dari segi isi

  1. mengandungi pengucapan dan doa yang penuh dengan kata-kata pujian dengan tujuan membawa keuntungan dan menjauhkan bencana
  2. mengandungi unsur-unsur atau ungkapan magis yang digunakan dalam upacara-upacara tertentu serta bersifat kudus atau menyelami soal-soal kebatinan

  • dari segi bahasa

  1. mengandungi kata-kata yang dapat memberi kesan gambaran(imej) yang tertentu seperti gambaran alamsemulajadi ,benda-benda,tingkah laku atau perbuatan,perasaan atau sentuhan,bunyi atau pendengaran
  2. kaya dengan bahasa perbandingan ,kata-kata pengulangan,kata-kata kiasan atau kiasan bahasa dan metafora 



JENIS-JENIS MENTERA

  • mentera pakaian diri
  • mentera perubatan
  • mentera pendinding
  • mentera upacara tertentu
  • mentera pembinasaan bagi melakukan sesuatu perkara terhadap musuh

CONTOH MENTERA

c. Mantra Kuat Tenaga

Bismillahirrahmanirrohim
Hai besi bangunlah engkau si raja besi
Yang bernama si ganda bisa
Engkau duduk di kepala jantungku
Bersandar di tiang arasy
Kuminta tinggalkan insanku
Kuminta rendah insan sekalian
Berkat aku memakai wujud kodrat sayyidina ali
Bujur lalu melintang patah
Lalu juga kehendak Allah
Berkat lailaha illallah
Muhammadarrasulullah



Friday 15 June 2012

GURINDAM

GURINDAM

Menurut Za'ba,1962 di dalam karyanya ilmu mengarang melayu,perkataan gurindam itu berasal daripada bahasa sanskrit menerusi bahasa tamil.Ertinya biasa di fahamkan rangkap yang telah menjadi bidalan atau sebutan biasa pada orang ramai ataupun sesuatu pepatah berangkap yang di sebutkan berpadanan dengan tempatnya .Selain itu menurutnya lagi,gurindam itu adalah padat dan bernas.Lanya dihasilkan sebagai bahan nyanyian,jenaka,gurau senda dan sindiran.


PERANAN/FUNGSI GURINDAM


  • Gurindam mempunyai fungsi dan peranannya dalam masyarakat Melayu iaitu sebagai tujuan didikan, hiburan, gambaran masyarakat melayu lama dan digunakan dalam majlis-majlis formal.
  • Unsur-unsur pendidikan yang diketengahkannya ialah ialah iman dan moral yang baik.


CIRI DAN BENTUK GURINDAM
  • Merupakan puisi tidak terikat
  • Rangkap :mempunyai 2 baris dalam serangkap atau beberapa baris dalam serangkap.
  • Setiap baris dalam rangkap merupakan isi atau maksud dan perlu bersambung dengan baris-baris dalam rangkap berikutnya untuk membawa makna yang lengkap. 
  • Baris pertama dikenali sebagai “syarat” dan baris kedua dikenali sebagai “jawab”.
  •  Baris pertama “syarat” menyatakan sesuatu fikiran atau peristiwa dan baris kedua pula menyatakan keterangan atau menjelaskan apa yang telah dinyatakan oleh baris atau ayat pertama tadi. 
  • Perkataan :jumlah perkataan sebaris tidak tetap
  • Sukukata :jumlah sukukata juga tidak tetap
  • Rima :rima akhirnya tidak tetap

JENIS-JENIS GURINDAM
  1. Gurindam serangkap dua baris .
  2. Gurindam serangkap empat baris .
  3. Gurindam bebas.

CONTOH GURINDAM

gurindam melayu bangsaku

Melayu bangsaku penegak budaya

berseri hidup diterangi cahaya.

Melayu bangsaku penjunjung warisan
kukuh walau hujan atau kepanasan.

Melayu bangsaku pendaulat agama
kebahagiaan kekal tujuan bersama.

Melayu bangsaku penyubur sikap
kerja beretika bertambah cekap.

Melayu bangsaku penerus agenda
gapai wawasan usaha diganda.

Melayu bangsaku pemelihara bahasa
suara dipadu mantap perkasa.

Melayu bangsaku pembina jati diri
generasi mendatang ampuh berdiri.

Melayu bangsaku pelindung watan
melawan petualang tak gentar ugutan.

Melayu bangsaku pencinta damai
berkat perpaduan muafakat disemai.

Melayu bangsaku pembela bangsa
tidak rela ketuanan binasa.


Tuesday 5 June 2012

SELOKA


                                                 SELOKA 


Seloka merujuk kepada puisi Melayu bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris, samaada mempunyai irama atau tidak. Secara amnya,, ia terdiri daripada ungkapan sejajar yang melebihi daripada dua baris, mempunyai kadensa yang sama seperti talibun dan prosa berirama.
            
 Satu ciri penting bagi seloka adalah ia mempunyai maksud mengejek, menyindir secara serius atau jenaka,    mengkritik tingkah-laku dan sifat negatif.




PERANAN/FUNGSI SELOKA 

  • Seloka dapat menggambarkan masyarakat yang melahirkannya iaitu masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan.
  • Bersesuaian dengan sifat halus orang Melayu, puisi seloka digunakan untuk mengkritik sebarang perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa menyinggung perasaan individu sasaran.
  • Sebagai pengajaran ataupun panduan bagi anggota masyarakat.
  • Seloka juga digunakan untuk menyindir, mengejek, menempelak seseorang, melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia, memberi pengajaran dan panduan kepada seseorang dan sebagai alat kawalan sosial.
  • Untuk mencerminkan rasa tidak puas hati mereka terhadap seseorang yang digambarkan melalui seloka, seperti seloka Pak Kaduk, Lebai Malang.


CIRI/ BENTUK SELOKA

  • Merupakan puisi bebas atau tidak terikat.
  • Tidak mempunyai pembayang.
  • Digubah sama ada mengikut bentuk pantun ,syair atau perumpamaan.
  • Rangkap :Bilangan baris dalam serangkap tidak tetap
  • Perkataan :Jumlah perkataan dalam sebaris juga tidak tetap.
  • Sukukata :Jumlah sukukata dalam sebaris juga tidak tetap.
  • Rima :Rima akhirnya dalam serangkap juga tidak tetap.




seloka

CONTOH SELOKA 
M Nasir – Seloka Cak Kun Cak
Satu masa yang telah silam
Tak dapat diambil kembali 
Melayu mashyur serata alam
Hidup mewah gagah sekali 
Pahlawan kita nama terbilang
ramai perwira 
Melawan musuh tak terbilang
Gerak semangat kerana bangsa 
Kelekaan jangan dikenang
Lautan duka kelak dikenang 
Hampir tinggal sehelai benang
Bencana sengaja dipinang 
Jika perhati bangsa dagang
Kapak beliung ditangan memegang 
Kekayaan hendang diregang
Akhirnya saudagar pangkat dijulang 
Disulami syair termashyur
Usahlah berdengkur
Kita yang bertafakur 
Yang mana khilaf tegur menegur
La..la…la..la…

SYAIR

2.SYAIR  

  •  Yang dimaksud dengan syair dalam kesusastraan Indonesia ialah sejenis puisiyang serupa bentuknya dengan pantun .Kata syair diambil dari bahasa arab ,tetapi erti syair yang kita kenal sekarang ini ,lain dengan erti kata arab yang bererti Pengubah atau Pengikat Sastera 
   
      Syair terdiri dari beberapa bait,puluhan,bahkan ratusan bait.Dan setiap baitnya mengandungi 4 baris,dan biasanya dalam satu baris terdapat 4 perkataan yang jumlah suku katanya berkisar antara 8 sampai 12.Dalam tiap bait tiada mengenal sampiran ,jadi keempat-empat baris itulah isinya.Oleh kerana di  keempat kalimat itu sangat berkaitan erat ertinya.


        PERANAN/FUNGSI SYAIR 

  • Alat menyampaikan pengajaran melalui cerita dan lagu terutama dalam hal-hal yang menyentuh aspek pengajaran agama islam dari rukun iman, rukun sembahyang, zakat, puasa dan sebagainya.
  • Sebagai hiburan yang bersesuaian dengan sifatnya yang demikian maka syair sering dilagukan dalam majlis-majlis tertentu seperti dalam pesta, sambutan maulud, kegiatan kesenian dan keramaian, dipertandingkan atau dalam upacara-upacara adat.
  • Dinyayikan atau dilagukan sebagai mengiringi tarian-tarian tertentu seperti dalam dabus dan boria.
  • Kemerduan suara "tukang lagu" dan kelembutan nada syair berupaya mengusik perasaan dan seterusnya meninggalkan kesan yang mendalam.
                             
   ^  CIRI/BENTUK SYAIR ^
      

  1. Merupakan puisi terikat.
  2. Syair tidak mempunyai pembayang seperti pantun.                                                                                                               
  3. Rangkap:jumlah baris serangkap tetap iaitu 4 baris.
  4. Perkataan:bilangan perkataan sebaris tetap iaitu 4 hingga 5 perkataan sebaris.
  5. Sukukata:Bilangan sukukata sebaris juga tetap iaitu antara 8 hingga 12 sukukata dalam sebaris.
  6. Rima:rima akhir dalam serangkap juga tetap iaitu a/a/a/
  7. Tiap satu rangkap syair memerlukan beberapa rangkap syair yang berurutan untuk memberi idea yang lengkap.



JENIS-JENIS SYAIR 

  •    Antara jenis-jenis syair ialah,Syair nasihat,Syair cerita,Syair semangat patriotik,Syair alam sekitar,Syair kiasan,Syair ilmu,Syair keagamaan,Syair panji,Syair romantis,Syair saduran dan Syair sejarah.





contoh syair


syair nasihat



Inilah suatu kalam dikarang
Ayuhai tuan muda yang garang
Kalam nan bukan sebarang-barang
Tujuannya banyak bukan seorang

Adapun akan di zaman ini
Banyak kulihat tolan ikhwani
Selama hidup sebelum fani
Tidak mengingat Tuhan yang ghani

Dunia dijangka kekal selama
Berbuat dosa sangat ternama
Mencari wang sangat utama
Tidak menurut kata ulama

Ulama disangka bicara kosong
Sebarang kata lalu disongsong
Mencari wang berpesong-pesong
Sangatlah suka berkata bohong

Wang terkumpul diri pun kaya
Takbur dan sombong timbul sebaya
Perintah Tuhan Rabbi yang kaya
Sekali-kali tidak percaya

Kaum kerabat dipandang lata
Bangsa dimiskin jangan dikata
Takdir ia datang meminta
Haram dipandang sebelah mata

Dengarkan tuan suatu ibarat
Keadaan alam timur dan barat
Kuasa Allah punya kudrat
Lautan boleh menjadi darat

Ingatlah wahai emas juita
Fikir, ya fikir di dalam cita
Sungguhpun diri orang berharta
Tuhan jangan dipandang lata

Contoh yang ada bukan sedikit
Gunung tinggi menjadi bukit
Tanahnya runtuh berdikit-dikit
Ibarat badan kena penyakit

Jikalau hasil bagai diperi
Pastilah tuan menyesal diri
Kata terlanjur dahulu hari
Menjadi musuh kanan dan kiri
~ Ibnu Ahmad Medan




Syair Alam Sekitar

Alam anugerah dari Ilahi,
Anugerah yang harus kita hormati;
Hendaklah dijaga dan dikasihi;
Bukan dimusnahkan atau dikotori.

Di mana-mana kita melihat,
Penebangan pokok tanpa dihalang;
Kononnya pembangunan sebagai tiket, 
Kerakusan manusia itulah hakikat.

Jika datang nafsu dan hajat,
Kita seperti binatang dihambat;
Bermacam pekerjaan hendak dijabat,
Memusnahkan alam sudah berjangkit.

Jika dunia diinginkan sentosa,
Keamanan datang tanpa sengketa;
Tetapi perang dan perebutan senjata,
Tajuk utama setiap masa.

Sejahtera hidup setiap waktu,
Perbanyakkan doa dalam hidupmu;
Penyakit dan bala tidak sekutu,
Udara segar mengetuk pintu.

Hutan diteroka sesuka hati,
Sungai dan tasik terus ditimbuni;
Tadahan hijan musnahlah nanti,
Sekatlah segera bersungguh hati.

Dunia ini semakin tua,
Kemusnahan tidak ada ubatnya;
Penyakit datang tidak berjangka,
Nyawa diambil datang seketika.

Tegur menegur setiap masa,
Kerjasama sesama kita,
Alam anugerah untuk dijaga,
Dari Pencipta untuk manusia.


Saturday 2 June 2012

PANTUN

                                     
                                                 PUISI  TRADISIONAL


1.PANTUN
   FUNGSI PANTUN

  • Pantun merupakan salah satu aktiviti sastera yang dapat memberikan hiburan kepada kita dan penggemarnya.Pantun sememangnya terkenal dalam masyarakat melayu.Didalam rankap pantun ini juga tersimpan pengajaran atau mesej kepada pendengarnya. 

Ciri-ciri/Bentuk
  • Wujud pembayang dan maksud dalam setiap rangkap
  • Rima atau bunyi akhir di hujung baris adalah A-B-A-B
  • Boleh berdiri sendiri kerana setiap rangkap pantun membawa makna yang lengkap
  • Setiap baris dalam pantun mempunyai 4 hingga 5 patah perkataan
  • Setiap baris dalam pantun menpunyai 8 hingga 12 sukukata
  • Ada pantun yang berbentuk :-
  1. Nasihat
  2. Teka-teki
  3.  Peribahasa
  4. Jenaka
  5. Adat
  6. Agama   

    JENIS-JENIS PANTUN

  • Terdapat beberapa jenis pantun yang ada iaitu :-

  1. Pantun dua kerat
  2. Pantun empat kerat 
  3. Pantun enam kerat
  4. Pantun lapan kerat
  5. Pantun sepuluh kerat   

CONTOH PANTUN

PANTUN EMPAT KERAT

                    Kelip-kelip disangka api,                   
                          Kalau api di mana putungnya;
                    Hilang ghaib disangka mati,
                          Kalau mati di mana kuburnya? 

PANTUN ENAM KERAT
Ular tedung jangan dipermudah,
    Biasanya dapat membawa maut,
Jika tidak maut merana juga;
    Berhujan panas aku tak endah,
Keris lembing aku tak takut,
    Kehendak hati kuturut juga.


PANTUN LAPAN KERAT
Sarang merbah di celah dahan,
   Tempat punai bermain di situ,
Bekejar-kejaran anak rusa,
   Tampak dari tanah seberang;
Bersyukur aku kepada Tuhan,
   Kalau nasib memang begitu,
Akan merana sepanjang masa,
   Harap pada kasihan orang.


PANTUN SEPULUH KERAT
Kain selendang tenunan kapar,
   Putus sehelai atas kasur,
Dialas dengan sapu tangan,
   Dibungkus dengan kain kasap,
Diikat dengan kain sutera;
   Hidangan sudah dihantar,
Hanya menunggu masa bersantap,
   Jawat air basahlah tangan,
Tambahkan nasi akan disantap,
   Kami dipangkalan bersama-sama.





HASIL CIPTAAN
pantun 4 kerat
kalau tuan pergi ke umrah,
   semestinya tuan melawat mekah,
kalau tuan seorang yang pemurah,
   jangan lupa untuk bersedekah.