Friday 3 August 2012

TALIBUN

TALIBUN

definisi talibun

Sejenis puisi lama yang terdiri daripada empat baris, enam baris, atau dua puluh baris yang bersajak di hujungnya. Talibun mempunyai beberapa persamaan dengan teromba  dari segi rima dan mempunyai bentuk yang hampir sama dengan prosa lirik atau prosa berirama.Walau bagaimanapun, talibun berbeza dengan prosa lirik dan prosa berirama kerana talibun merupakan sebahagian sahaja daripada cerita yang diambil prosa lirik. Talibun mengungkap persoalan yang pelbagai bergantung kepada konteks cerita induknya. Lazim isi talibun berkisar kepada pelbagai perkara dan objek; seperti senjata, pakaian, kenderaan, negeri, perlakuan manusia, fenomena alam, perasaan, dan tradisi yang terdapat dalam sesebuah cerita lipur lara.





FUNGSI TALIBUN :

@ karya atau cerita tersebut iaitu memerikan kebesaran,

@ kehebatan dan keagungan sesuatu tempat seperti ibu kota dan bandar, 

@ Memerikan keadaan dan kesibukan atau keajaiban sesuatu peristiwa dan suasana, memerikan kehebatan dan kecantikan sesuatu objek seperti pakaian, manusia, sikap dan kelakuan manusia. 

@ Boleh dikenal melalui penggunaan bahasa berulang yang menjadi lumrah dalam pembentukannya.

@ Terupakan gambaran pemikiran masyarakat khalayak yang mementingkan perincian tentang sesuatu, tetapi disusun dan dibentuk dengan keindahan terutamanya dalam penggunaan gaya bahasa.



CIRI-CIRI TALIBUN


  •  Struktur talibun berbentuk bebas iaitu dalam serangkap talibun tidak mempunyai jumlah baris, jumlah perkataan dan jumlah suku kata yang seimbang. Talibun juga tidak mempunyai sistem rima tertentu.
  • Dalam sesuatu untai talibun, mungkin terdapat sisipan daripada genre puisi yang lain seperti pantun, syair dan sebagainya, tetapi ternyata sisipan ini dianggap sebahagian daripada rangkap talibun.
  • Fungsi dan kedudukan talibun adalah sebagai sisipan di dalam sesebuah cerita lipur lara. Fungsi talibun di dalam sesebuah cerita adalah sebagai pemerian kepada cerita berkenaan dan memperjelaskan perlukisan tersebut
  •  Isi atau tema sesebuah talibun berhubungan dengan pemerian yang dilukiskan di dalam sesebuah konteks. Misalnya untuk memerikan atau melukiskan keindahan sesebuah kota, kecantikan seseorang puteri atau kesaktian sejenis senjata dan unsur-unsur di dalam sesebuah cerita.
  •  Penggunaan bahasa perulangan menjadi lumrah dalam pembentukannya.Teknik perulangan ini bukan sahaja wujud dalam penggunaan gaya bahasa tetapi juga pengulangan seluruh puisi tersebut



CONTOH TALIBUN :


Medannya indah bukan kepalang
Rantaunya luas bagai dibentang
Tebingnya tinggi bagai diraut
Pasirnya serong bentuk taji
Batunya ada  besar kecil
Yang kecil pelontar balam
Jikalau untung kena ke balam
Jikalau tidak kena ke tanah
Mendera selawat ibu ayamm
Helang disambar punai tanah.
Seumpama  kundur dengan labu
Kecil pohon besar buahnya
Negerinya beruntung bandar rayanya bertuah
Cari di daratboleh di darat
Cari di laut boleh di laut
Ayam itik penuh di reban
Lembu kerbau penuh di tengah padang
Gajah badak penuh tengah hutan
Sejuk dingin seperti ular cintamani
Di negeri Teluk Bidung Kota Lama.



No comments:

Post a Comment