Tuesday 5 June 2012

SYAIR

2.SYAIR  

  •  Yang dimaksud dengan syair dalam kesusastraan Indonesia ialah sejenis puisiyang serupa bentuknya dengan pantun .Kata syair diambil dari bahasa arab ,tetapi erti syair yang kita kenal sekarang ini ,lain dengan erti kata arab yang bererti Pengubah atau Pengikat Sastera 
   
      Syair terdiri dari beberapa bait,puluhan,bahkan ratusan bait.Dan setiap baitnya mengandungi 4 baris,dan biasanya dalam satu baris terdapat 4 perkataan yang jumlah suku katanya berkisar antara 8 sampai 12.Dalam tiap bait tiada mengenal sampiran ,jadi keempat-empat baris itulah isinya.Oleh kerana di  keempat kalimat itu sangat berkaitan erat ertinya.


        PERANAN/FUNGSI SYAIR 

  • Alat menyampaikan pengajaran melalui cerita dan lagu terutama dalam hal-hal yang menyentuh aspek pengajaran agama islam dari rukun iman, rukun sembahyang, zakat, puasa dan sebagainya.
  • Sebagai hiburan yang bersesuaian dengan sifatnya yang demikian maka syair sering dilagukan dalam majlis-majlis tertentu seperti dalam pesta, sambutan maulud, kegiatan kesenian dan keramaian, dipertandingkan atau dalam upacara-upacara adat.
  • Dinyayikan atau dilagukan sebagai mengiringi tarian-tarian tertentu seperti dalam dabus dan boria.
  • Kemerduan suara "tukang lagu" dan kelembutan nada syair berupaya mengusik perasaan dan seterusnya meninggalkan kesan yang mendalam.
                             
   ^  CIRI/BENTUK SYAIR ^
      

  1. Merupakan puisi terikat.
  2. Syair tidak mempunyai pembayang seperti pantun.                                                                                                               
  3. Rangkap:jumlah baris serangkap tetap iaitu 4 baris.
  4. Perkataan:bilangan perkataan sebaris tetap iaitu 4 hingga 5 perkataan sebaris.
  5. Sukukata:Bilangan sukukata sebaris juga tetap iaitu antara 8 hingga 12 sukukata dalam sebaris.
  6. Rima:rima akhir dalam serangkap juga tetap iaitu a/a/a/
  7. Tiap satu rangkap syair memerlukan beberapa rangkap syair yang berurutan untuk memberi idea yang lengkap.



JENIS-JENIS SYAIR 

  •    Antara jenis-jenis syair ialah,Syair nasihat,Syair cerita,Syair semangat patriotik,Syair alam sekitar,Syair kiasan,Syair ilmu,Syair keagamaan,Syair panji,Syair romantis,Syair saduran dan Syair sejarah.





contoh syair


syair nasihat



Inilah suatu kalam dikarang
Ayuhai tuan muda yang garang
Kalam nan bukan sebarang-barang
Tujuannya banyak bukan seorang

Adapun akan di zaman ini
Banyak kulihat tolan ikhwani
Selama hidup sebelum fani
Tidak mengingat Tuhan yang ghani

Dunia dijangka kekal selama
Berbuat dosa sangat ternama
Mencari wang sangat utama
Tidak menurut kata ulama

Ulama disangka bicara kosong
Sebarang kata lalu disongsong
Mencari wang berpesong-pesong
Sangatlah suka berkata bohong

Wang terkumpul diri pun kaya
Takbur dan sombong timbul sebaya
Perintah Tuhan Rabbi yang kaya
Sekali-kali tidak percaya

Kaum kerabat dipandang lata
Bangsa dimiskin jangan dikata
Takdir ia datang meminta
Haram dipandang sebelah mata

Dengarkan tuan suatu ibarat
Keadaan alam timur dan barat
Kuasa Allah punya kudrat
Lautan boleh menjadi darat

Ingatlah wahai emas juita
Fikir, ya fikir di dalam cita
Sungguhpun diri orang berharta
Tuhan jangan dipandang lata

Contoh yang ada bukan sedikit
Gunung tinggi menjadi bukit
Tanahnya runtuh berdikit-dikit
Ibarat badan kena penyakit

Jikalau hasil bagai diperi
Pastilah tuan menyesal diri
Kata terlanjur dahulu hari
Menjadi musuh kanan dan kiri
~ Ibnu Ahmad Medan




Syair Alam Sekitar

Alam anugerah dari Ilahi,
Anugerah yang harus kita hormati;
Hendaklah dijaga dan dikasihi;
Bukan dimusnahkan atau dikotori.

Di mana-mana kita melihat,
Penebangan pokok tanpa dihalang;
Kononnya pembangunan sebagai tiket, 
Kerakusan manusia itulah hakikat.

Jika datang nafsu dan hajat,
Kita seperti binatang dihambat;
Bermacam pekerjaan hendak dijabat,
Memusnahkan alam sudah berjangkit.

Jika dunia diinginkan sentosa,
Keamanan datang tanpa sengketa;
Tetapi perang dan perebutan senjata,
Tajuk utama setiap masa.

Sejahtera hidup setiap waktu,
Perbanyakkan doa dalam hidupmu;
Penyakit dan bala tidak sekutu,
Udara segar mengetuk pintu.

Hutan diteroka sesuka hati,
Sungai dan tasik terus ditimbuni;
Tadahan hijan musnahlah nanti,
Sekatlah segera bersungguh hati.

Dunia ini semakin tua,
Kemusnahan tidak ada ubatnya;
Penyakit datang tidak berjangka,
Nyawa diambil datang seketika.

Tegur menegur setiap masa,
Kerjasama sesama kita,
Alam anugerah untuk dijaga,
Dari Pencipta untuk manusia.


No comments:

Post a Comment