Tuesday 5 June 2012

SELOKA


                                                 SELOKA 


Seloka merujuk kepada puisi Melayu bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris, samaada mempunyai irama atau tidak. Secara amnya,, ia terdiri daripada ungkapan sejajar yang melebihi daripada dua baris, mempunyai kadensa yang sama seperti talibun dan prosa berirama.
            
 Satu ciri penting bagi seloka adalah ia mempunyai maksud mengejek, menyindir secara serius atau jenaka,    mengkritik tingkah-laku dan sifat negatif.




PERANAN/FUNGSI SELOKA 

  • Seloka dapat menggambarkan masyarakat yang melahirkannya iaitu masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan.
  • Bersesuaian dengan sifat halus orang Melayu, puisi seloka digunakan untuk mengkritik sebarang perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa menyinggung perasaan individu sasaran.
  • Sebagai pengajaran ataupun panduan bagi anggota masyarakat.
  • Seloka juga digunakan untuk menyindir, mengejek, menempelak seseorang, melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia, memberi pengajaran dan panduan kepada seseorang dan sebagai alat kawalan sosial.
  • Untuk mencerminkan rasa tidak puas hati mereka terhadap seseorang yang digambarkan melalui seloka, seperti seloka Pak Kaduk, Lebai Malang.


CIRI/ BENTUK SELOKA

  • Merupakan puisi bebas atau tidak terikat.
  • Tidak mempunyai pembayang.
  • Digubah sama ada mengikut bentuk pantun ,syair atau perumpamaan.
  • Rangkap :Bilangan baris dalam serangkap tidak tetap
  • Perkataan :Jumlah perkataan dalam sebaris juga tidak tetap.
  • Sukukata :Jumlah sukukata dalam sebaris juga tidak tetap.
  • Rima :Rima akhirnya dalam serangkap juga tidak tetap.




seloka

CONTOH SELOKA 
M Nasir – Seloka Cak Kun Cak
Satu masa yang telah silam
Tak dapat diambil kembali 
Melayu mashyur serata alam
Hidup mewah gagah sekali 
Pahlawan kita nama terbilang
ramai perwira 
Melawan musuh tak terbilang
Gerak semangat kerana bangsa 
Kelekaan jangan dikenang
Lautan duka kelak dikenang 
Hampir tinggal sehelai benang
Bencana sengaja dipinang 
Jika perhati bangsa dagang
Kapak beliung ditangan memegang 
Kekayaan hendang diregang
Akhirnya saudagar pangkat dijulang 
Disulami syair termashyur
Usahlah berdengkur
Kita yang bertafakur 
Yang mana khilaf tegur menegur
La..la…la..la…

No comments:

Post a Comment