Friday 15 June 2012

GURINDAM

GURINDAM

Menurut Za'ba,1962 di dalam karyanya ilmu mengarang melayu,perkataan gurindam itu berasal daripada bahasa sanskrit menerusi bahasa tamil.Ertinya biasa di fahamkan rangkap yang telah menjadi bidalan atau sebutan biasa pada orang ramai ataupun sesuatu pepatah berangkap yang di sebutkan berpadanan dengan tempatnya .Selain itu menurutnya lagi,gurindam itu adalah padat dan bernas.Lanya dihasilkan sebagai bahan nyanyian,jenaka,gurau senda dan sindiran.


PERANAN/FUNGSI GURINDAM


  • Gurindam mempunyai fungsi dan peranannya dalam masyarakat Melayu iaitu sebagai tujuan didikan, hiburan, gambaran masyarakat melayu lama dan digunakan dalam majlis-majlis formal.
  • Unsur-unsur pendidikan yang diketengahkannya ialah ialah iman dan moral yang baik.


CIRI DAN BENTUK GURINDAM
  • Merupakan puisi tidak terikat
  • Rangkap :mempunyai 2 baris dalam serangkap atau beberapa baris dalam serangkap.
  • Setiap baris dalam rangkap merupakan isi atau maksud dan perlu bersambung dengan baris-baris dalam rangkap berikutnya untuk membawa makna yang lengkap. 
  • Baris pertama dikenali sebagai “syarat” dan baris kedua dikenali sebagai “jawab”.
  •  Baris pertama “syarat” menyatakan sesuatu fikiran atau peristiwa dan baris kedua pula menyatakan keterangan atau menjelaskan apa yang telah dinyatakan oleh baris atau ayat pertama tadi. 
  • Perkataan :jumlah perkataan sebaris tidak tetap
  • Sukukata :jumlah sukukata juga tidak tetap
  • Rima :rima akhirnya tidak tetap

JENIS-JENIS GURINDAM
  1. Gurindam serangkap dua baris .
  2. Gurindam serangkap empat baris .
  3. Gurindam bebas.

CONTOH GURINDAM

gurindam melayu bangsaku

Melayu bangsaku penegak budaya

berseri hidup diterangi cahaya.

Melayu bangsaku penjunjung warisan
kukuh walau hujan atau kepanasan.

Melayu bangsaku pendaulat agama
kebahagiaan kekal tujuan bersama.

Melayu bangsaku penyubur sikap
kerja beretika bertambah cekap.

Melayu bangsaku penerus agenda
gapai wawasan usaha diganda.

Melayu bangsaku pemelihara bahasa
suara dipadu mantap perkasa.

Melayu bangsaku pembina jati diri
generasi mendatang ampuh berdiri.

Melayu bangsaku pelindung watan
melawan petualang tak gentar ugutan.

Melayu bangsaku pencinta damai
berkat perpaduan muafakat disemai.

Melayu bangsaku pembela bangsa
tidak rela ketuanan binasa.


No comments:

Post a Comment